love..what is love? kejujuran...apa itu kejujuran?
adakah aku hidup dalam fantasy cinta?...adakah aku jujur?
adakah cinta dan kasih sayang aku dinodai lagi?
adakah kasih sayang aku hanya ketika gembira?
aku hilang arah... kepercayaan yang kuberikan ..kepercayaan yang kubina..hancur...
"sayang..kite nak hidup ngan chemocc...kite hanya tau nak hidup ngan chemocc....kita janji takkan tinggalkan chemocc..."
apakah erti semua ini....adakah kata-kata manis yang ditabur...hanya untuk menyedapkan hatiku...adakah ianya keluar atas dasar apa yang aku ingin dengar....bukan dari hati yang yang benar-benar menyayangiku...
hanya kerana teguran aku..hanya kerana intonasi dan nada aku yang marah..semuanya tergadai...
salahkah aku marah orang yang aku sayang kerana kesilapannya? salahkah aku tegur? mungkin cara aku agak keras?kerana itu aku ditinggalkan...
aku buang ego...aku cuba atasi kelemahan..aku cuba berubah...adakah aku seorang sahaja yang harus berbuat sedemikian...aku tak sempurna..dan aku pasti takde orang yang sempurna....dia kata aku cari orang yang sempurna...tapi mungkin dia mencari orang yang sempurna...aku masih menyayangi dia walaupun apa yang terjadi..sebab semua orang ada kelemahan...tapi aku ditinggalkan kerana aku garang katanya...kerana teguran dan aku memarahi dia..aku ditinggalkan....aku tidak meninggikan suara....aku pernah lihat orang yang lebih teruk dari aku memarahi seseorang....kerana aku tak sempurna..sebab aku garang menyebabkan aku ditinggalkan...kerana itu sayang aku ditarik...hilang...
"faizal...terimalah orang itu seadanya...kelemahannya dan kesilapan bukan atas kehendaknya...sayangilah dia kerana Allah...kerana sayang kita kepada Allah takkan terputus walaupun dia murka terhadap kita..."..."jangan cepat putus asa...kerana semua yang terjadi ada hikmahnya..ada dugaan serta balasannya"....puan aisyah...insan yang tak putus-putus mengingatkan aku dan menegur kesilapanku...insan yang memberiku dorongan untuk lebih berjaya....aku ingat lagi ketika belajar dulu...aku hampir hilang arah kerana keputusan ku...hampir membuat nyawaku melayang.."faizal...usaha..percaya..yakin...bukan result exam yang menentukan hidup kita...faizal bukan tak berjaya..tapi kurang berjaya..tapi tak bererti faizal tak boleh berjaya dalam kehidupan...ada orang yang berjaya dalam pelajaran tapi gagal dalam kehidupan....tapi ada orang yang kurang berjaya dalam pelajaran tapi berjaya dalam hidup..."
Aku rasa macam tidak diperlukan lagi...aku cinta dan menyayangi NJ...kenapa dia sanggup mempertaruhkan hubungan kerana kelemahanku? adakah bila ada ikatan yang sah ...dia akan lakukan perkara yang sama? adakah dia akan failkan penceraian kerana kelemahanku?ku bukan menduakannya...aku bukan curang kepadanya tapi kerana aku marah dan dia fobia...kerana itu dia akan minta cerai...? aku tidak boleh memarahi dia..aku tidak boleh menegurnya? aku bukan orang alim atau nabi yang boleh menahan sabar...dia pun pernah marah...dan mungkin satu hari nanti dia akan memarahi aku atas kesilapanku dan aku minta cerai...kerana kesilapan ku sendiri ..kerana kelemahanku aku
sarcastic dan minta berpisah? adil ke?apa perasaan dia....aku marah sekarang supaya dia tidak kurang ajar nanti..
...bile dah kawen..kalau dia kurang ajar..apa hukumnya...aku cuba nak mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku dimasa depan...
semudah itu dia meninggalkan ku...pasti keluarganya akan memandang serong terhadapku....pasti cik ekun akan kata aku selfish....pasti thuraya akan salahkan ku...pasti nanti mama akan ingat aku memainkan perempuan....pasti teman-temannya akan kata aku tak reti menghargainya..pasti aliyah dan mas membenciku....aku redha..kalau ini akan terjadi kerana bukan kesilapanku..aku pasti Allah itu adil dan dia akan membalas baik buruk seseorang...aku akan cuba pertahankan cintaku tapi bukan kerana perkara diatas...kerana aku sayangkan dia...sepenuhnya..
aku masih sayangkan dia...tapi dia tidak menyayangi aku lagi...tidak menerima aku seadanya...aku anggap seperti aku telah memilikinya...seperti aku telah mengawininya..tapi anggapan aku nyata meleset...aku seperti boneka...ketika bahagia aku ditatang setinggi-tingginya..tapi bila terancam..aku dipijak...diletak jauh di suatu sudut..sudut yang samar kelihatannya....walaupun aku masih dan sentiasa menyayangi dia...tapi bila-bila masa sahaja akan dibuang dan digantikan dengan yang baru...
air mataku mengalir tanpa kusedari...telah lama aku tak menangis kerana cinta...Ya Allah..aku cuba buat yang terbaik...aku cuba berubah supaya aku serasi dan bahagia bersamanya...aku bukan hiprokit...berubah kerana seseorang...tapi kerana kebahagiaan yang ku cari...aku buang rasa pentingkan diri sendiri....aku cuba berkongsi hidup dan memahaminya...semata-mata kerana kebahagiaan yang kucari...aku sedar kesilapan ku dahulu....Ya Allah..Tuhan yang maha pengampun,pengasih dan penyayang..maafkan hamba mu ini...
Aku masih sayangkan NJ...and miss you much..